Tuesday, July 1, 2008

Jangan Marah-marah


Salam.


Daripada matan hadis 16 dalam kitab Hadis Imam an-Nawawi.

"La taghdhob"
Jangan marah.

:)

Rasulullah SAW tak pernah marah, Rasulullah SAW pesan kita, umatnya supaya tak marah-marah, maka kita tak selayaknya marah-marah kalau kita umat rasulullah yang mengikut sunnah baginda. Kan?

Rasulullah pun ada bersabda, kalau yang paling kuat dan gagah itu adalah mereka yang dapat menahan kemarahannya.

Ingat-ingatlah semua, fikir-fikirkanlah.

Salam.

Sunday, June 22, 2008

Tinta Malam Hari

Alhamdulilah 'ala kulli hal.

Santak ke saat pagi sebegini, mata saya masih belum bisa tertutup. Lantaran saya begitu asyik memikir perihal hari-hari yang lalu.

Degup jantung saya bertalu rancak, andai saja fragmen mimpi tadi tergambar.

Mungkin saya kepenatan, lantas lupa untuk berdoa sebelum tidur. Lalu bermimpi yang bukan-bukan. Sungguh, saya yakin itu puncanya.

Sebelum saya tidur semula, saya ingin tahajud dulu. Moga ada barakahnya dan maghfirahnya dapat peroleh dari Allah.

Ya Allah, jadikan hambaMu ini hamba yang tahu mengamalkan rasa redha terhadap qadha' qadarMu dan mensyukuri nikmatMu saban detik yang kulalui dalam hidupku.

Ameen.

(Tulisan di suatu malam yang hening, ditemani rintik hujan yang lebat - hujan itu rahmat!)

Sunday, June 8, 2008

Permata 2

Salam.

Terbiar blog ni tanpa ilmu, rasa tak seronok.

Memang qalbu kita sentiasa dahagakan ilmu, kan?

Oklah, mari ana kongsikan satu perkara penting yang baru-baru ini ana telah terbaca.

Tentang sedeqah. Ana ulas daripada apa yang ana baca dalam buku Jadilah Wanita yang Paling Bahagia, karangan Dr. 'Aidh Abdullah al-Qarni.

Dalam Yaqut Kelapan, dicertakan tentang Sedeqah Dapat Menolak Bencana.

Inilah fragmen tulisannya. Sangat tersentuh.

----

Pada tiap-tiap sesuatu terdapat tanda
yang menunjukkan bahawa Allah itu Esa

Sedeqah merupakan pintu yang agung bagi kelapangan dada dan terbukanya hati nurani. Sesungguhnya berbuat kebajikan akan membuat pelakunya dikurniakan kecukupan oleh Allah dengan membuat hatinya menjadi lapang, ceria, nuraninya bercahaya dan selalu dalam keadaan sejahtera.

Sesungguhnya sedeqah adalah ubat yang tidak dapat ditemui, kecuali hanya dalam syari'at Islam.

Seseorang pernah bertanya kepada Abdullah Ibnu al-Mubarak: "Wahai Abu Abdul Rahman, luka di lututku tidak pernah berhenti mengeluarkan banyak nanah sejak tujuh tahun lalu. Aku sudah bertanya kepada sejumlah doktor, dan sudah kuubati dengan berbagai macam ubat, namun masih tidak sembuh juga."

Kata Ibnu al-Mubarak kepadanya: "Pergilah dan lihatlah orang-orang yang memerlukan air . Galilah perigi di tempat itu. Aku berharap semoga di situ muncul mata air yang akan menghentikan darah."

Orang itu pun melaksanakan nasihatnya sehingga dia pun sembuh daripada penyakitnya.

Tidak menghairanku wahai saudarku yang mulia, kerana sesungguhnya Rasulullah Shallahu 'alaihi wasallam sendiri pernah bersabda (maksudnya):

"Ubatilah para pesakit kalian dengan (menganjurkannya untuk) bersedeqah."

Dalam hadith lain juga Rasulullah bersabda maksudnya:

"Sesungguhnya sedeqah itu dapat memadamkan kemurkaan Tuhan
dan menolak kematian yang buruk."

----

Demikianlah cebisan fragmen dalam Yaqut Kelapan. Buku Dr. 'Aidh sangat menyentuh hati jika dapat dihayati :)

Oleh itu, perbanyakkanlah bersedeqah. Sedeqah yang sekecil-kecil pada kita pun tetap dalam perkiraanNya. Insya Allah.

Siapa kata kalau sedeqah mesti tunggu kaya? ;)





Salam 'ilmiah & salam ukhuwwah.

Friday, June 6, 2008

Luahan 1

Salam.

Ana rindu mereka yang selalu rangkul sukma ana tatkala ana rasa jatuh dan terbelakang.

Haqqul Hakim punya perasaan. Haqqul Hakim juga manusia.

Allahumma solli 'ala Muhammad.

Rindukan Rasulku! Bermakna rindukan Ilahi Rabbi.

Salam.

Thursday, June 5, 2008

Permata 1

Salam 'ilmiah.
Betul ke kita mengisi masa kita dengan kebajikan?

Oh, lagi-lagilah cuti ni, rasa macam banyak masa terbazir dengan kemalsan yang berganda-gnda menghempap diri kita. (atau ana seorang saja)

Bila fikir balik, memang segelintir manusia tak tahu untuk mengaplikasikan tanzim al-awqat.
Tanzim al-awqat samalah dengan pengurusan waktu.

Memang susah nak mengurus waktu walaupun Allah sudah pun mengingatkan hambaNya tentang ruginya manusia yang menerbangkan waktu yang dimiliki tanpa beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran.

1. Beriman
2. Beramal soleh.
3. Berpesan-pesan kepada kebenaran
4. berpesan-pesan kepada kesabaran

Itu kuncinya. Kunci supaya tak jadi orang yang rugi.

Oh ya, sebelum cuti, ada seorang hamba Allah ni ceritakan pada ana, dia ada menyertai kursus untuk tafsir al-Qur'an. Bila ana dengar hal itu, ana rasa cemburu sangat (lagi?). Hamba Allah tu cakap pada ana dan sahabatnya, dia akan sambung lagi kursus itu lepas SPM. Wah, memang berwawasan! Ana kagum dengan dirinya.

Mudahlah kan, bila kita sudah faham tafsiran sesuatu ayat, mudahlah kita untuk mengupasnya dengan benar, bukan main hentam keromo saja. Dan dengan cara itu, bolehlah berhujah dan melaksanakan amar maa'ruf nahi munkar dengan lebih berkesan dan efektif.

Salam mahabbah.

Pandangan 3

Salam.

Sekali lagi memberikan pandangan tulus.

Ana rasa cemburu dan iri bila membaca blog ikhwah dan akhawat lain.

Serasa diri ini teruk sangat. Sangat sangat!

Terasa bila baca blog mereka, mereka ada inisiatif dan selalu mujahadah untuk berkongsi tazkirah sesama saudara seIslam.

Di sekolah, cemburu ini juga boleh membengkak. Lebih iri bila ada yang mampu mengujarkan kata-kata dengan penuh hammasah dan syajja'ah.

;)

Kadangkala, ana merasakan bahawa cemburu ini boleh membenamkan ana dalam kekecewaan dan kekalahan ataupun mengangkat ana dengan kekuatan dan daya keikhlasan.

Alahai, cemburu.

Salam.

Wednesday, June 4, 2008

Pandangan 2

Salam.


Mari kita sambung...

Oklah, tentang peribadi yang tidak menjadi cerminan hati.

Sebenarnya, hati setiap insan itu hanya menghendaki yang baik-baik sahaja. Fitrahnya suci dan murni.

Tapi, bila dah dinodai dan dikotori dengan segala anasir yang membejatkan, maka punahlah hatinya. Sayang kan?

Sifat mahmudah; susah dimiliki & payah dijaga.

Kenapa ana boleh berpendapat peribadi ada yang tidak mencerminka hati? Sebabnya, orang yang jahat mana sekalipun, dia tetap inginka yang terbaik dan terindah untuk dirinya.

Sebenarnya orang yang jahat itu adalah orang yang keliru dengan kata hati.

Ingat!
Hati hanya boleh dipandu baik dengan 'aqal yang sihat dan tidak akan dipandu baik dengan nafsu yang jahat.

Kan?

Sekadar renungan.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
”Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging
(segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota
dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.”
(Riwayat Bukhari & Muslim)

Salam.

Pandangan I

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Ingin menebarkan pandangan pertama. Pendapat pertama.

......

Soal hati.

Ana seringkali berpendapat bahawa soal hati adalah soal yang paling dan teramat sukar untuk dipertanggungjwabkan. Mudah? Ana tak pernah rasa soal hati itu mudah.

Soal hati bagaimana? Oh, ini bukanlah soal hati tentang orang yang sedih dan kecewa atau mungkin yang dalam dilema.

Ini soal hati yang berhubungkait dengan peribadi.
Ya, peribadi.

Lazimnya, perilaku dan peribadi seseorang adalah cerminan kepada hati seseorang. Tetapi, oleh kerana kebarangkalian hati ini sukar dipertanggungjawabkan, ada peribadi yang mungkin tidak menjadi cerminan hati.

Bagaimana?

Oh... Bersambung.

Tuesday, June 3, 2008

Ibtida'

Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. [96: 1]


"Tidak lurus keimanan seseorang kecuali jika hatinya lurus,
dan tidak lurus hati seseorang kecuali jika lurus lidahnya"

Salam.