Salam.
Terbiar blog ni tanpa ilmu, rasa tak seronok.
Memang qalbu kita sentiasa dahagakan ilmu, kan?
Oklah, mari ana kongsikan satu perkara penting yang baru-baru ini ana telah terbaca.
Tentang sedeqah. Ana ulas daripada apa yang ana baca dalam buku Jadilah Wanita yang Paling Bahagia, karangan Dr. 'Aidh Abdullah al-Qarni.
Dalam Yaqut Kelapan, dicertakan tentang
Sedeqah Dapat Menolak Bencana.
Inilah fragmen tulisannya. Sangat tersentuh.
----
Pada tiap-tiap sesuatu terdapat tandayang menunjukkan bahawa Allah itu EsaSedeqah merupakan pintu yang agung bagi kelapangan dada dan terbukanya hati nurani. Sesungguhnya berbuat kebajikan akan membuat pelakunya dikurniakan kecukupan oleh Allah dengan membuat hatinya menjadi lapang, ceria, nuraninya bercahaya dan selalu dalam keadaan sejahtera.
Sesungguhnya sedeqah adalah ubat yang tidak dapat ditemui, kecuali hanya dalam syari'at Islam.
Seseorang pernah bertanya kepada Abdullah Ibnu al-Mubarak: "Wahai Abu Abdul Rahman, luka di lututku tidak pernah berhenti mengeluarkan banyak nanah sejak tujuh tahun lalu. Aku sudah bertanya kepada sejumlah doktor, dan sudah kuubati dengan berbagai macam ubat, namun masih tidak sembuh juga."
Kata Ibnu al-Mubarak kepadanya: "Pergilah dan lihatlah orang-orang yang memerlukan air . Galilah perigi di tempat itu. Aku berharap semoga di situ muncul mata air yang akan menghentikan darah."
Orang itu pun melaksanakan nasihatnya sehingga dia pun sembuh daripada penyakitnya.
Tidak menghairanku wahai saudarku yang mulia, kerana sesungguhnya Rasulullah Shallahu 'alaihi wasallam sendiri pernah bersabda (maksudnya):
"Ubatilah para pesakit kalian dengan (menganjurkannya untuk) bersedeqah."
Dalam hadith lain juga Rasulullah bersabda maksudnya:
"Sesungguhnya sedeqah itu dapat memadamkan kemurkaan Tuhan
dan menolak kematian yang buruk."
----
Demikianlah cebisan fragmen dalam Yaqut Kelapan. Buku Dr. 'Aidh sangat menyentuh hati jika dapat dihayati :)
Oleh itu, perbanyakkanlah bersedeqah. Sedeqah yang sekecil-kecil pada kita pun tetap dalam perkiraanNya. Insya Allah.
Siapa kata kalau sedeqah mesti tunggu kaya? ;)

Salam 'ilmiah & salam ukhuwwah.