Thursday, June 5, 2008

Pandangan 3

Salam.

Sekali lagi memberikan pandangan tulus.

Ana rasa cemburu dan iri bila membaca blog ikhwah dan akhawat lain.

Serasa diri ini teruk sangat. Sangat sangat!

Terasa bila baca blog mereka, mereka ada inisiatif dan selalu mujahadah untuk berkongsi tazkirah sesama saudara seIslam.

Di sekolah, cemburu ini juga boleh membengkak. Lebih iri bila ada yang mampu mengujarkan kata-kata dengan penuh hammasah dan syajja'ah.

;)

Kadangkala, ana merasakan bahawa cemburu ini boleh membenamkan ana dalam kekecewaan dan kekalahan ataupun mengangkat ana dengan kekuatan dan daya keikhlasan.

Alahai, cemburu.

Salam.

1 comment:

taqwaforever said...

salam ukhti... (fillah)

maaf asyik meneyebok di sini. memang perasaan cemburu tak akan terlepas dari sesorang manusia itu. kerana lumrahnya manusia mahukan dirinya lebih baik dari yang lain atau sekurang-kurangnya sama taraf dengan yang lain.

untuk menyejukkan hati yang cemburu, bergaulah dengan mereka yg mempunyai banyak ilmu pengetahuan berbanding kita. kerana nanti kita boleh masak dengan cara mereka. kita senang bila selalu diberi peringatan dan motivasi daripada mereka. tapi...

kita juga perlu mengubah dan bertindak untuk menjadi sepertinya. minta dia pandangan... minta mereka perkongsian bagaimana mereka boleh jadi seperti itu dan ini. pasti mereka akan kongsikannya kerana mereka ingin dan teringin sangat mereka bersama sahbat2 mereka berjaya bergerak bersama2. mana taknya hubungan sesama islam (fillah) itu sudah cukup menggambarkan mereka bersama2 nak menuju Yang Esa.

Apabila dirimu hendak menjadi seperti mereka, lazimilah masamu dengan membaca. kerana ianya kunci segala2nya.. (kunci kejayaan, ketenangan, kefahaman, keluar daripada kejahilan dan apa shj)

Dan akhir sekali, mohonlah kepada Yang Maha Luas Pengetahuan itu ptunjuk dan hidayah drpd-Nya setiap masa. kerana orang yang memintanya sahaja yang akan memilikinya. Mohon juga agar diberi kefahaman yang teguh dalam agamanya agar kita sentiasa yaqin dan berani untuk menyatakan kebenaran. Ya! kebenaran yang bijaksana.

Jika kita lihat, sebenarnya banyak lagi ilmu2 Allah yang kita tak tahu. rasa seperti rugi kan? Kita tak nak jadi orang yang rugi. jadilah orang yang memberi manfaat kepada yang lain. kerana sebenarnya manfaat yang kita beri itu khususnya untuk kita. teguran, peringatan, motivasi buat diri kita.

"janganlah kamu merasa dirimu lemah kerana kamu adalah hambaNya yang terbaik! dan Dia sentiasa bersama kita."

Moga diberi kekuatan. InsyaAllah

saudaramu seislammu (fillah)...

(*mngingatkan diri sendiri)